Kelas Membuat Poster Infografik (Kumpulan 2)
17 Februari 2018 | Aktiviti Terkini
16 Februari 2018 – Kelas Membuat Poster Infografik bersama AJK Biro IT DUN Linggi telah diadakan sekali lagi untuk kumpulan yang kedua pula. Kali ini, kelas telah diadakan pada sebelah malam bagi memenuhi permintaan peserta yang tidak dapat hadir di siang hari.
Kelas diadakan bermula dari jam 8.00 malam hinggalah ke jam 12.00 mlm dan dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. YB Dato’ Hj Abdul Rahman Bin Mohd Redza (ADUN Linggi) telah turut hadir pada malam tersebut bagi melihat perkembangan peserta-peserta yang datang belajar dan memanfaatkan kemudahan yang ada di Pusat Ekonomi Digital ini.
Kelas Infografik ini adalah bertujuan untuk mengajar peserta membuat poster yang menarik dengan hanya menggunakan Powerpoint, memuat turun font-font yang menarik dan bersesuaian dari laman web 1001 free font.
Peserta juga turut diajar cara memuat naik poster-poster yang telah ke Whatsapp menggunakan Whatsapp Web dan ke laman-laman sosial yang lain seperti di Facebook dan Instagram. Bagi memudahkan carian dan melabelkan status, fungsi hashtag turut diperkenalkan kepada peserta serta cara menggunakannya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: